PENGENALAN KEPADA KESKIP

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN IBU PEJABAT 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(KESKIP)


PENGENALAN


KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN IBU PEJABAT KKM atau lebih dikenali sebagai KESKIP adalah merupakan kelab yang telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 26 Oktober 2006 dengan no pendaftaran 1440-06-WKL. Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar, KESKIP menjadi sebuah kelab yang utama di kementerian dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan keseluruhan warga KKM khususnya kepada  ahli-ahli yang berdaftar.  Sehingga kini keahlian KESKIP telah mencapai melebihi 700 ahli.

LOGO KELAB


KETERANGAN LOGO

  • FIGURA MANUSIA : Mewakili warga kerja IPKKM (ahli kelab) sebagai sebuah keluarga yang bergerak aktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • API OBOR YANG DIPEGANG : Menunjukkan semangat perpaduan dan kesukanan yang membara di kalangan ahli untuk  menjayakan segala aktiviti kelab dengan cemerlang.
  • DATARAN HIJAU KEKUNINGAN : Flora dan fauna - mewakili persekitaran kehidupan yang sihat  agar dapat membentuk  jiwa dan mental ahli yang sihat.
  • AWAN : Melambangkan hari-hari yang diterangi dengan keceriaan dan kegemilangan.
  • HATI MERAH DAN TANGAN : Melambangkan kelab ini adalah kelab di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  • BULATAN BERWARNA BIRU : Memberi  makna  semangat  kekeluargaan, kerjasama dan perpaduan di antara ahli kelab dengan menerapkan nilai-nilai murni dan komited dalam memberi kan perkhidmatan yang terbaik untuk kemajuan dan kejayaan kelab.
  • LATAR BELAKANG BERWARNA PUTIH : Melambangkan aktiviti kerohanian yang sentiasa seiring dengan aktiviti-aktiviti lain KKM. Warna putih juga dikaitkan dengan kebersihan  dan kesucian semoga setiap aktiviti yang diadakan dengan jayanya dan mendapat keberkatan.
  • TULISAN BERWARNA KUNING : Melambangkan keriangan, ketenangan dan kebahagian yang diwujudkan di kalangan ahli kelab.

VISI KELAB


Terus dinamik, inovatif dan kreatif serta menjadi pemangkin kepada penyatuan warga KKM yang aktif, ceria dan sihat melalui  aktiviti-aktiviti yang terancang dan menyeluruh


MISI KELAB


a   Penjenamaan semula KESKIP untuk menjadi salah satu contoh Kelab Sukan terbaik di KKM
a   Penyatuan warga kerja KKM ke arah cara hidup sihat, tolarensi dan membudayakan budaya  korporat
a  Aktiviti-aktiviti yang lebih menyeluruh bagi memenuhi setiap lapisan warga KKM
a  Menitik berat kebajikan warga KKM dan  keperluan kerohanian anggota
a  Agen pemasaran KKM di luar kementerian


FACEBOOK

 Fcebook KESKIP
http://www.facebook.com/keskipkkm