Kejohanan Futsal Terbuka Putrajaya 2014

Pada 12hb dan 13hb April 2014, KESKIP dengan bangganya telah berjaya mengadakan satu aktiviti yang julung kali diadakan diluar daripada kementerian. "KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA PUTRAJAYA 2014"  adalah merupakan salah satu aktiviti yang memberi manafaat yang besar kepada KESKIP sebagai penjenamaan semula KESKIP bukan sahaja di kalangan warga KKM malahan luar daripada kementerian. 



Dengan kerjasama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kejohanan futsal ini telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18. Disertai oleh 70 pasukan futsal, yang bukan sahaja dari sekitar Putrajaya, malahan kejohanan ini telah memberi peluang pasukan wakil selatan iaitu Kolej Kejururawatan Batu Pahat, Johor dan wakil utara iaitu PKD Baling Kedah. 


Pasukan KKM


Pasukan daripada Unit Kenderaan KKM

Wakil Utara, PKD Baling Kedah

Kejohanan Futsal ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBhg Datuk Harun bin Che Su. 


Ucapan perasmian oleh YBhg Datuk KSU KKM
Sepak mula oleh YBhg Datuk KSU KKM, menandakan bermulanya Kejohanan Futsal

Hadiah & pemenang bagi Kejohanan Futsal Terbuka Putrajaya 2014 adalah seperti berikut :
  • Hadiah Pertama : RM 1,000.00 dan medal
    • Pasukan Pencen, JPA
  • Hadiah Kedua    : RM    700.00 dan medal
    • Pasukan Red Panters A
  • Hadiah Ketiga    : RM    500.00 dan medal
    • Pasukan PTPTN A
  • Hadiah Keempat : RM   300.00
    • Pasukan Kajang Prison A